PELAKON Aamir Khan membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan selama setahun dan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Aamir yang dalam perancangan menerbitkan sebuah filem turut menarik diri sebagai watak utama dan kini sedang mencari pelakon lain bagi menggantikan tempatnya. "Saya telah bekerja keras selama bertahun-tahun, jadi sekarang saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Laal Singh Chaddha’ gagal tarik peminat, Aamir Khan ambil tanggungjawab tanggung kerugian RM56 juta "Ada juga perkara lain yang ingin saya uruskan. Bagaimanapun jika ditanya tentang lakonan, saya mahu berehat selama setahun," katanya ketika hadir di majlis perdana filem Salaam Venky. Keputusan Aamir itu juga dikaitkan dengan kegagalan filem terakhir lakonannya berjudul Laal Singh Chaddha yang tidak mendapat sambutan sehingga dia terpaksa menanggung kerugian. Filem tersebut ditayangkan pada Ogos lalu dan hanya meraih jumlah kutipan sebanyak kira-kira RM33 juta. Disebabkan itu Aamir dan Syarikat produksi miliknya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM56 juta dan dia ketika itu membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang bayaran. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI