suria

Menyesal buat pembedahan plastik, Cardi B kecilkan saiz punggung

Cardi B menyesal melakukan pembedahan membesarkan punggung yang dibuat sebelum ini.

PENYANYI rap sensasi Cardi B mendedahkan dia menjalani pembedahan bagi mengecilkan saiz punggungnya pada Ogos lalu.

Cardi menjelaskan dia mula merasakan penampilannya tidak menarik selepas melahirkan anak keduanya, Wave Set Cephus pada September tahun lalu.

"Pada Ogos lalu saya menjalani pembedahan mengeluarkan silikon di bahagian punggung yang dimasukkan sebelum ini.

Hantaran di Instagram Cardi B telah meraih perhatian pengikut

"Selepas melahirkan anak kedua, saya dapat lihat punggung saya bertambah besar disebabkan berat badan meningkat," katanya.

Penyayi lagu WAP itu mendedahkan menerusi pembedahan tersebut, doktor mengeluarkan 95 peratus cecair biopolimer yang dimasukkan ke dalam punggungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B mengaku bersalah cetus pergaduhan di kelab, dilarang dekati mangsa selama 3 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

Meskipun ramai memuji bentuk punggungnya sebelum ini, Cardi memberitahu tindakan itu sebenarnya sangat menyiksakan.

"Jika anda tidak tahu, bipolimer itu adalah sejenis proses tembakan cecair yang dilakukan di bahagian punggung dan akan menyebabkan punggung kelihatan lebih besar.

"Ia adalah satu proses yang gila dan menyakitkan," katanya.

Disebabkan itu, Cardi menasihati wanita lain agar tidak melakukan rawatan tersebut dan jangan menjadikan dirinya sebagai contoh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain