suria

Kecewa tak jadi kahwin, pelawak Kiky Saputri hampir jadi ‘escort girl’

Kiky bersama tunangnya rancang kahwin tahun hadapan.

PELAWAK Kiky Saputri berkongsi kisah hitam hampir menjadi escort girl atau terbabit aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke gara-gara patah hati disebabkan tidak jadi berkahwin.

Menurut Kiky, pada awalnya dia hanya berniat untuk mencari kerja sampingan kerana mahu mengisi masa lapang supaya dapat melupakan kekecewaan.

Bagaimanapun dia mula sedar tentang tugas sebenar pelayan di pusat hiburan itu selepas bertemu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘mummy’.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Meerqeen, Kiky Saputri dicium Refal Hady pula... Ramai makan hati!

“Hati saya sangat kecewa disebabkan tak jadi bernikah. Saya sering menangis dan jadi malu dengan jiran sekeliling.

“Jadi saya ikut seorang kawan untuk kerja di pusat karaoke untuk mengisi masa lapang.

“Apabila bertemu dengan mummy barulah saya tahu kerja di situ bukan seperti yang dibayangkan. Tak sangka saya hampir jadi escort girl,” katanya dalam satu program temubual.

Kiky bagaimanapun melupakan kisah hitam itu dan kini bahagia bersama tunangnya iaitu M Khairi.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selepas berkenalan melalui aplikasi mencari pasangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain