suria

Veena Kapoor ‘hidup’ semula, buat laporan polis tuduhan dibunuh anak sendiri

Veena tampil dan menafikan berita tentang kematian dirinya yang tersebar luas.

MINGGU lalu, dunia hiburan Bollywood kecoh apabila pelakon veteran Veena Kapoor dilaporkan mati dibunuh oleh anaknya sendiri akibat berebut harta pusaka.

Malah berita kematian aktres itu turut disahkan oleh rakan artis, Nilu Kohli menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Bollywood sekali lagi gempar apabila Veena 'hidup' semula dan menjelaskan berita kematiannya adalah palsu.

Sebaliknya, wanita yang dibunuh itu bukan dia meskipun memiliki nama serupa.

Veena dan anak lelakinya membuat laporan polis atas berita palsu.

"Saya ingin beritahu bahawa saya Veena Kapoor, masih hidup, dalam keadaan baik dan belum mati.

"Jangan percaya khabar angin! Nama kami memang sama tetap bukan saya," katanya.

HindustanTimes melaporkan pelakon veteran ini mengeluarkan kenyataan tersebut kepada media dan menjeaskan alamat tempat tinggal mereka juga berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berebut tanah RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood mati dibunuh anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Power Rangers’ Jason David Frank meninggal dunia.

"Saya tinggal di Goregaon. Wanita yang dibunuh itu menetap di Juhu," jelasnya.

Sementara itu, Veena dan anak lelakinya membuat laporan di balai polis Mumbai dan memfailkan aduan atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kematiannya.

"Saya sakit kepala kerana terpaksa melayan panggilan yang tanpa henti kerana berita ini. Sejujurnya ia mengganggu kesihatan saya kerana terpaksa menjawab panggilan daripada semua," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain