suria

Lesti Kejora dirakam nampak ‘sedih’, netizen mula buat spekulasi isu rumah tangga

Muka sedih Lesti di sebuah majlis jadi bualan netizen.

NAMA penyanyi Lesti Kejora kembali menjadi bualan netizen selepas dilihat berada dalam keadaan sedih seorang diri ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran produk, baru-baru ini.

Menurut laporan Insertlive, ketika di majlis tersebut Lesti duduk bersebelahan rakan artis lain seperti Aurel Hermansyah dan Ivan Gunawan.

Wajah Lesti nampak sugul semasa kamera dihalakan ke arahnya sehinggakan Aurel menyiku isteri Rizky Billar itu.

Wajah sedih Lesti Kejora dirakam rakan artis.

Dalam video yang tersebar itu, dapat dilihat Lesti begitu sibuk dengan telefon bimbitnya seolah-olah ada perkara yang menganggu dirinya.

Gara-gara aksi Lesti itu, netizen mula membuat spekulasi kononnya hubungan Lesti dan Rizky kembali bermasalah.

Dalam masa sama, ada juga yang mengandaikan Lesti sedih kerana berjauhan dengan suaminya.

"Gaduh lagi dengan Rizky lagi ke? Hidup Lesti macam pura-pura, sebenarnya dia tengah sedih tetapi nak nampak gembira dalam kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu buat pertama kali selepas kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan

"Mungkin dia sedih terpaksa pergi majlis itu seorang diri. Sedih berpisah dengan Rizky," kata netizen.

Sebelum ini, rumah tangga Lesti kecoh apabila Rizky didakwa melakukan kekerasan terhadap isterinya itu.

Bagaimanapun, pasangan ini kembali berdamai dan dipercayai sedang memperbaiki hubungan bersama selepas kejadian tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain