DISEBALIK kejayaan mencipta nama menerusi filem Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009, pelakon Sam Worthington juga berdepan masalah ketagihan terhadap minuman keras sehingga menjejaskan kehidupan hariannya. Menurut Sam, 46, dia menjadi tidak selesa selepas namanya menjadi popular dan melalui fasa anxiety apabila berjumpa orang ramai yang ingin bergambar. "Orang sekeliling boleh menghidu alkohol pada baju saya namun mereka tidak dapat melihat saya mabuk. Saya masih bekerja seperti biasa, namun ia bukanlah yang terbaik. ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill tinggalkan watak Superman... DC Studios umum jalan cerita berbeza "Saya akan jadi tidak tenteram apabila ada yang ajak bergambar atau mahu merakamkan gambar saya di tempat awam. Jika ada yang menegur, anxiety saya datang secara tiba-tiba," katanya dalam temubual bersama Variety. Sam bagaimanapun berjaya mengatasi masalah ketagihan itu sejak lapan tahun lalu dan kini menjalani kehidupan harian dengan lebih baik. Pelakon asal Australia ini juga mendedahkan pernah menjual semua harta miliknya termasuk rumah dan memilih untuk tinggal di dalam kereta sebelum dia menerima tawaran berlakon Avatar. "Saya jual semua harta yang ada kerana tidak suka dengan diri sendiri. Saya tinggal di Sydney dan ke mana sahaja saya pergi pasti ada orang kenal," ujarnya. Terbaharu selepas 13 tahun Sam kembali membawakan watak Jake Sully dalam filem arahan James Cameron berujudl Avatar: The Way of Water. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI