suria

Selepas 7 bulan bersalin, akhirnya Rihanna tunjuk wajah anak

Rihanna tunjuk wajah anak buat kali pertama.

TUJUH bulan selepas melahirkan cahaya mata lelaki, penyanyi Rihanna akhirnya berkongsi secara terbuka wajah bayinya buat kali pertama.

Rihanna, 34, memuat naik sebuah video dengan kapsyen 'Hacked' (digodam) dan ia merupakan posting pertama di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi video yang menerima lebih 11 juta tontonan itu, anak lelaki kepada penyanyi lagu Umbrella ini kelihatan tersenyum sambil bersandar di tempat duduk kerusi bayi.

ri2 - 1

Wajah anak pertama Rihanna yang berusia tujuh bulan.

Rihanna sempat berbual dengan anaknya yang cuba untuk mengambil telefon bimbit daripadanya.

"Oh, awak cuba ambil telefon Mommy ya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna selamba pakai jaket nampak perut, tayang baby bump makin besar

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna kini bergelar ibu, selamat bersalin bayi lelaki

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah anak penyanyi popular itu dan memuji kecomelan yang dimilikinya.

"Comelnya dia.

"Omgggg hi baby.

"Bayi Rihanna memiliki wajah seiras dengannya," tulis netizen.

ri1 - 1

Rihanna masih lagi merahsiakan nama bayi lelakinya itu.

Rihanna melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022, namun dia tidak mendedahkan nama anaknya kepada umum.

Rihanna dan pasangannya iaitu A$AP Rocky mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain