suria

Al Ghazali mahu terus kahwin selepas putus cinta, cari calon isteri solehah

Al Ghazali mahu isteri yang berbakti kepada ibu bapa.

PENYANYI Al Ghazali selesa dengan status solo selepas percintaan dengan Alyssa Daguise berakhir dengan perpisahan baru-baru ini.

Detik Hot melaporkan, anak kepada komposer Ahmad Dhani ini berazam untuk tidak bercinta sebaliknya mahu terus mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan calon sesuai.

"Saya nak terus kahwin sahaja selepas ini, bercinta buang masa!," katanya.

Al Ghazali juga mengakui dia sedang menikmati zaman solonya kini malah memerlukan masa mencari pasangan yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

285070029_512942173890901_8431344793844292617_n

Al Ghazali malas nak bercinta lagi.

"Saya selesa sendirian kerana saya perlu mencari identiti saya malah saya juga perlukan masa untuk mencari pasangan lain.

"Susah nak cari isteri kena berhati-hati mencarinya," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali tak jadi kahwin, dapat jawapan selepas solat Istikarah

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan ‘unfollow’ IG kekasih tidak benar, Al Ghazali dah beli cincin nikah... Mahu cepat kahwin timang anak

Dalam pada itu, Al Ghazali turut berkongsi beberapa kriteria calon isterinya yang diinginkan termasuk seorang solehan dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

"Berbakti kepada ibu bapa, bersopan santu dan solehah. Tapi paling asas boleh berbakti kepada ibu bapa sahaja," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Al Ghazali dikatakan bakal mendirikan rumah tangga denan Alyssa namun mengambil keputusan berpisah selepas melakukan solat Istikarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain