ANAK kepada penyanyi legenda Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat serangan jantung. Lisa sebelum itu berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke hospital dan dilaporkan koma berikutan jantungnya terhenti sejurus mengadu sakit perut. Berita kematian Lisa disahkan sendiri oleh ibunya, Priscilla yang menemani anaknya di hospital. Lisa bergambar kenangan bersama mendiang ayahnya, Elvis Presley. "Dengan berat hati saya ingin berkongsi berita yang menyedihkan bahawa anak perempuan saya Lisa Marie telah meninggalkan kami," katanya. Menurut Dailymail, sumber memberitahu tubuh Lisa tidak memberikan tindak balas dan bekas suaminya, Danny Keough yang tinggal bersamanya telah melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum pasukan paramedik tiba di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Ikon televisyen Barbara Walters meninggal dunia, wanita pertama pecah dominasi lelaki dalam bidang penyiaran ARTIKEL BERKAITAN: DJ Ellen DeGeneres Show, Stephen 'tWitch' Boss meninggal dunia Sumber berkenaan turut menambah, ada individu yang telah memberikannya epinefrin atau lebih dikenali sebagai adrenalin untuk membantu Lisa mendapatkan semula nadi. Sementara itu, Mayo Clinic mengesahkan bahawa sakit perut adalah gejala serangan jantung yang dihidapi oleh anak kepada penyanyi legenda berkenaan. Dua hari sebelum itu, Lisa menghadiri Anugerah Golden Globe di Beverly Hills, Amerika Syarikat bersama ibunya. Antara momen terakhir Lisa bersama ibunya, Priscilla. Mereka mengambil foto bersama pelakon Austin Butler yang telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk watak bapanya dalam filem Elvis Baz Luhrmann. Untuk info, Lisa merupakan satu-satunya anak kepada Elvis Presley hasil perkahwinan bersama isterinya, Priscilla Presley. Lisa dilahirkan pada 1 Februari 1968, beberapa tahun sebelum Elvis dan Priscilla bercerai pada 1973. Elvis juga meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1977. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI