suria

Wajah bengkak siap berbalut, netizen buat spekulasi TikToker Bunda Corla buat pembedahan hidung

Penampilan Bunda Corla dengan wajah berbalut.

PENAMPILAN TikToker dari Indonesia, Bunda Corla dilihat tampil dengan wajah berbalut mengejutkan ramai peminat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Corla atau nama sebenar Cynthia Corla Pricillia, 49, meminta agar orang ramai mendoakannya segera sembuh dari luka pembedahan tersebut.

"Diam, buat abang dan ayah Sarjan, doakan saya cepat sembuh agar boleh ke Indonesia dengan segera," katanya.

274929839_913925409300896_4596864935373802221_n

Bunda Corla minta doa dari semua peminat.

Sehubungan itu, rata-rata netizen membuat andaian wajah Corla dalam keadaan berbalut kerana baru selesai melakukan pembedahan plastik di bahagian hidungnya.

"Dah kenapa berbalut itu? Semoga cepat sembuh ibu Corla, lain kali naik motor hati-hati.

ARTIEKL BERKAITAN: Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna masuk hospital selepas tekak keluar cecair merah... Netizen syak kesan buang halkum

"Wah, makin lawalah selepas ini. Buat dekat mana itu?

"Dulu kata tak nak ubah ciptaan tuhan, buat dekat luar negara ke?" antara komen netizen.

Untuk info, Bunda Corla merupakan artis dangdut di Indonesia yang juga terkenal di platform TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain