KETIKA namanya meniti populariti menerusi siri Wednesday, pelakon Percy Hynes White berdepan dengan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap beberapa orang wanita ketika zaman persekolahan. Percy, 21, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ketika menganjurkan sebuah pesta bersama rakan-rakannya dan cuba mengambil kesempatan terhadap gadis mabuk yang menghadiri acara berkenaan. "Dia bersama rakan-rakannya mengadakan pesta dengan menjemput beberapa orang gadis yang mereka fikir boleh ambil kesempatan. Percy Hynes White dalam drama bersiri Netflix berjudul Wednesday. "Percy menyerang salah seorang gadis mabuk dan cuba merogolnya malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya," dakwa seorang individu yang mendedahkan perkara itu di Twitter. Dalam pada itu, dalam ciapan sama, individu berkenaan mendakwa gadis tersebut pernah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan namun tiada tindakan lanjut diambil pihak berkuasa. ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta pada minggu pertama ‘Wednesday’ ditayangkan ARTIKEL BERKAITAN: Hati sedang berbunga... Selena Gomez tayang kemesraan dengan anggota The Chainsmokers Ciapan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #cancelpercy yang menarik perhatian peminat pelakon itu sehingga trending di Twitter. Bagaimanapun, sehingga kini Percy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Untuk rekod, Percy mula dikenali dengan watak Xavier Thorpe menerusi siri popular Wednesday. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube