suria

Usia cecah 40 tahun, Luna Maya luah hasrat miliki anak sebelum menopaus

Luna Maya mahu menjadi ibu sebelum menopause.

PELAKON Luna Maya meluahkan hasrat untuk memiliki anak sebelum dirinya menopaus memandang usianya semakin meningkat.

Kata Luna, 40, dia sememangnya teringin menjadi seorang ibu namun belum menemui cara lain yang sesuai selain mendirikan rumah tangga.

"Sasaran saya ingin mendapatkan anak sebelum menopaus. Saya fikir selama kita mampu dan boleh, kita masih ada kesempatan untuk mendapatkan anak sebelum menopaus.

313390328_447394697540149_2797160828635863125_n

Luna Maya mahu menjadi seorang ibu.

"Setiap wanita pastinya ingin berkahwin kerana sifat keibuaan memang dah ada dalam diri wanita. Tapi bila tak ada cara yang sesuai dan saya tidak boleh memaksa," katanya.

Dia yang selesa menjadi wanita bujang berkata tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan.

Malah dia juga tidak meletakkan harapan untuk mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar mesra semasa bercuti di Jepun! Luna Maya jawab gosip cinta dengan Gading... “Kami ada projek kerja bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dedah pernah tolak lamaran lelaki hartawan, selesa hidup sendiri

"Saya juga tidak mahu meletakkan target tertinggi saya adalah menikah," katanya lagi.

Sebelum ini Luna pernah bercinta dengan seorang lelaki Inggeris namun hubungan mereka tidak berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Selain itu, Luna juga pernah menolak lamaran dari seorang lelaki kaya yang mahu menjadikannya sebagai isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain