suria

David Beckham berhabis RM52 juta bina tandas di luar rumah, ‘melabur’ sambil tengok pemandangan indah

David dan Victoria Beckham bina tandas mewah untuk tetamu.

BINTANG bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan membina sebuah tandas di luar rumah bagi memudahkan tetamu yang hadir ke majlis yang diadakannya.

Memetik laporan Daily Mail melaporkan, David dan isterinya iaitu Victoria bercadang membina tandas berkenaan di rumah kayu mewah mereka yang terletak di Chipping Norton, Oxfordshire.

Tandas tersebut dianggarkan bernilai lebih RM52 juta (£12 juta) yang berkonsepkan terbuka agar tetamu dapat melihat pemandangan indah rumah agam pasangan berkenaan.

324711895_728354995359451_8859469914725426489_n

Rumah mewah milik David dan Victoria Beckham.

David, 47, berkata dia tidak mahu tetamu yang hadir terpaksa berjalan jauh ke rumah mereka semasa acara tersebut berlangsung.

Buka itu sahaja, David juga dikatakan telah meminta arkitek terkenal untuk mereka membina tandas yang menjadi idamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu pilih naik bas berbanding Rolls Royce ke sekolah, malu ada ibu bapa terkenal seperti David dan Victoria Beckham

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak anak berkahwin, Victoria trauma jika David Beckham tinggalkan dia buat selama-lamanya

Berkongsi mengenai tempat kediamannya itu, David memberitahu bahawa rumahnya dilengkapi dengan sauna, kolam renang, padang bola sepak, gimnasium dan kemah safari.

Malah rumah tersebut dibeli sejak 2017 dan pasangan berkenaan telah melakukan beberapa perubahan untuk rasa lebih selesa menginap di situ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain