suria

Selepas kantoi curang dengan model, Adam Levine dan isteri timang anak ketiga

Adam dan Behati timang anak ketiga.

PENYANYI dan vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine selamat menimang anak ketiga bersama isterinya, Behati Prinsloo pada Isnin.

Bagaimanapun, menurut sumber, Adam dan isterinya belum mengumumkan secara rasmi tentang jantina bayi ketiga mereka.

Mengulas lanjut tentang kelahiran anak ketiganya, Behati sebelum ini pernah menyebut bahawa dia dan Adam sememangnya ingin menambah ahli keluarga.

adam1 - 1

Adam dan Behati bersama anak-anak mereka.

"Kami inginkan sebuah keluarga yang besar. Siapa tahu, kami menyerahkannya kepada takdir," katanya.

Kurang daripada setahun kemudian, Behati telah menunjukkan perutnya yang mulai membesar dan memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil anak ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil, janji tidak ulangi lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Bintangi MV 'She Will Be Loved', Adam Levine beri penghormatan terakhir kepada isteri John Travolta, Kelly Preston

Bagaimanapun, berita gembira itu disusuli dengan kontroversi dimana suaminya didakwa berlaku curang dengan kekasih gelapnya iaitu model Sumner Stroh.

Adam dan Sumner dikatakan telah menjalinkan hubungan hampir setahun, namun penyanyi itu mengakui berasa kesal dengan apa yang berlaku, sekali gus tampil menafikan dakwaan miliki hubungan sulit bersama wanita berkenaan.

adam2 - 1

Adam pernah berlaku curang terhadap isterinya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu menyatakan bahawa dia lebih mengutamakan isteri dan keluarganya. Malah, dia mengambil tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

Untuk rekod, Adam mendirikan rumah tangga dengan Behati sejak 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dusty Rose, 6, dan Gio Grace, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain