suria

Paparazi curi-curi rakam gambar... Alia Bhatt bengang siap ‘tag’ polis di IG minta siasat

Perkongsian Alia tentang isu paparazzi juga mendapat respons ramai rakan artis.

PELAKON Alia Bhatt menyelar tindakan dua orang paparazi merakam gambarnya ketika dia sedang berehat di rumah.

Meskipun sudah biasa foto dirakam curi-curi, namun Alia, 30, berkata perbuatan dilakukan dua orang individu tersebut telah melanggar privasinya di rumah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang foto tersebar, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor halang tetamu lawat bayi mereka... Teman rapat pun tak boleh dipercayai!

"Saya berada di dalam rumah bersama anak menikmati hari yang normal. Ketika duduk di ruang tamu saya merasakan ada orang yang sedang memerhati.

"Saya nampak ada dua lelaki yang berada di sebuah bangunan di sebelah rumah memegang kamera yang dihalakan ke arah saya. Adakah perbuatan ini dibenarkan?

"Ini satu perbuatan yang jijik dan melanggar privasi seseorang," luahnya.

Isteri kepada pelakon Ranbir Kapoor itu menulis perkara berkenaan di laman Instagram miliknya dan turut membuat pautan ke akaun Balai Polis Mumbai selain beberapa rakan artis lain.

Perkongsian tersebut turut mendapat respons beberapa selebriti Bollywood lain yang pernah melalui pengalaman sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain