suria

Peminat ‘naik hantu’ produksi drama guna foto Rose Blackpink dalam katalog pelacur

Kemarahan peminat akhirnya membuatkan produksi mohon maaf kepada Rose.

SEBUAH produksi dari China tampil memohon maaf selepas tidak sengaja menggunakan gambar anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose dalam salah satu babak drama berjudul Justice In The Dark.

Penggunaan foto tersebut menjadi kemarahan peminat Rose dan Blink (kelab peminat Blackpink) kerana penyanyi itu digambarkan sebagai seorang pelacur.

"Disebabkan kecuaian pasukan produksi ketika bekerja, kami telah menggunakan gambar Rose secara tidak sengaja. Ini telah menjejaskan reputasi Rose.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink beli kediaman mewah bernilai RM26 juta secara tunai

"Kami ingin memohon maaf kepada Rose dan peminat termasuk platform penyiaran drama tersebut dan juga kepada semua penonton," jelas kenyataan produksi berkenaan.

Drama tersebut memaparkan kisah siasatan pihak polis yang menyamar untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan pelacuran.

Dalam salah satu babak, pihak polis menyerbu sebuah hotel dan kemudian meminta pekerja premis berkenaan menunjukkan katalog gadis bekerja menawarkan perkhidmatan seks.

rose 2

Gambar Rose secara terangan digunakan dalam babak drama tersebut.

Salah satu paparan pada katalog berkenaan jelas kelihatan gambar Rose dan ia mula menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat.

Selepas ia mula diperkatakan, pihak produksi telah memadamkan babak tersebut namun tidak membuat sebarang kenyataan maaf dan ia sekali lagi membuatkan peminat naik hantu kerana dianggap seolah-olah mengabaikan isu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain