suria

Berat badan Ashanty turun mendadak akibat sinus kronik... Aurel Hermansyah risau tengok keadaan ibu tiri

ashanty1 - 1

PENYANYI Aurel Hermansyah mendedahkan bahawa ibu tirinya, Ashanty mengalami penurunan berat badan yang mendadak disebabkan oleh penyakit sinus kronik yang dihidapinya.

Memetik laporan Kompas, Aurel mengakui dirinya terkejut melihat susuk tubuh Ashanty yang terlalu kurus dan bimbang akan kesihatan ibu tirinya itu.

"Pasti saya bimbang melihat situasi ini, kelmarin saya ada bertanya kepada ibu dia telah turun berat badan berapa kilogram? Kenapa kurus sangat?" katanya.

ashanty1 - 1

Ashanty menjalani pembedahan kecil bagi penyakit sinus akut.

Bagaimanapun, Ashanty menjawab pertanyaan itu dengan memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik.

Kata Ashanty, dia menjalani pembedahan kecil dan sedang mengikuti terapi untuk merawat penyakit sinus kronik yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty masuk hospital akibat sesak nafas, Anang tak sanggup tengok isteri pakai alat bantuan pernafasan

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty berputih mata... 14 buah beg tangan berjenama lesap dicuri orang terdekat

Dalam pada itu, Aurel menasihatkan agar ibu tirinya itu menjalani pembedahan lebih khusus disebabkan penyakitnya dilihat masih tidak sembuh.

Tambahnya lagi, keluarganya bakal berusaha untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bagi mengubati penyakit sinus kronik itu.

"Kalau sudah terapi, makan ubat dan jelas sekali nafasnya masih sukar, nak tak nak, kena buat pembedahan lebih terperinci.

"Kalau memang perlu dibedah lagi, ya saya terpaksa memaksa Bunda untuk dibedah. Tapi sebab Bunda tidak mahukan kerana dia takut," kata Aurel.

ashanty3 - 1

Aurel bimbang melihat keadaan ibu tirinya yang semakin kurus.

Sebelum ini, Ashanty dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami sesak nafas.

Pemeriksaan doktor mendapati isteri kepada penyanyi Anang itu didiagnos menghidap sinus akut.

Difahamkan, bahagian pipi, hidung sehingga ke dahinya sudah dipenuhi cairan yang menempel pada semua bahagian berkenaan.

Ia menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan tidak boleh merasa makanan dan lain-lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain