SELEPAS pelakon Song Joong Ki mendedahkan kisah cintanya dengan Katy Louse Saunders, pelbagai spekulasi tidak benar timbul mengenai teman wanitanya itu. Menurut Joong Ki, ada antara berita dilihat keterlaluan sehingga mengundang rasa kurang senang, lebih-lebih lagi apabila ada yang sanggup 'korek' cerita lama Katy. "Pada awalnya saya tidak terlalu fikir tentang khabar angin tersebut. Sebagai seorang selebriti ia sudah menjadi sebahagian hidup kami. Walau apa pun yang diperkatakan ia tidak pernah mengubah perasaan cinta antara kami. ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki bakal kahwin lagi, sudah daftar pernikahan dengan wanita Inggeris "Bagaimanapun saya jadi marah apabila ada cerita yang keterlaluan. Selain nama bekas universiti Katy, kebanyakan cerita adalah tidak benar. "Ketika saya rasa kecewa dengan tindakan menyebarkan berita tersebut, Katy adalah orang yang selalu menenangkan saya. Dia sentiasa bersikap positif dan kami melengkapi antara satu sama lain," katanya dalam satu temubual. Joong Ki akui sukar berdepan dengan cerita palsu tentang isterinya. Antara kisah Katy yang menjadi bualan ramai adalah dakwaan kononnya dia kini sedang hamil. Selain itu, ada yang mengatakan wanita itu pernah berkahwin sebelum ini dan sudah memiliki seorang anak perempuan. Joong Ki dan Katy telah pun mendaftarkan pernikahan mereka pada hujung Januari lalu dan bakal mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!