suria

Rina Nose tak mahu ada anak, bimbang gagal jadi ibu yang baik

Rina dan suami bimbang tidak boleh jadi suami yang baik.

PELAWAK dan pelakon Indonesia, Rina Nose mendedahkan mengambil keputusan untuk tidak mahu memiliki anak.

Rina atau Nurina Permata Putri, 39, berkata, keputusan tersebut diterima baik oleh suami dan juga keluarganya.

Insertlive melaporkan, suaminya iaitu Aartesan turut bersetuju dan ingin mengambil keputusan yang sama.

"Sebelum kahwin lagi kami dah berbincang mengenai hal keluarga. Saya dan suami serasi. Jadi tak ada masalah tentang keputusan ini.

p_headline_prosesi-nikah-rina-nose-akhirnya-terkua-f54ce1

Rina Nose dan suami ambil keputusan tidak mahu ada anak bersama.

"Ibu bapa saya juga tahu tentang keputusan yang saya ambil ini," katanya.

Bagaimanapun, keputusan Rina dan Aartesan nampaknya mengecewakan ibu kepada suaminya itu.

Kata Rina, ibu mentuanya itu beberapa kali bertanya tentang anak namun dia tidak menjanjikan kepada wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘naik hantu’ produksi drama guna foto Rose Blackpink dalam katalog pelacur

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa hidup bujang... Amber Rose tak mahu lagi kongsi katil dengan lelaki, jijik buat hubungan intim

"Ibu mentua saya awalnya kecewa tapi selepas saya menjelaskan keadaan sebenarnya akhirnya dia terima.

"Saya cuma jujur dengan dia yang mana saya takut sekiranya saya tidak boleh menjadi ibu yang baik buat anak saya," katanya lagi.

Untuk rekod, Rina dan Josscy Aartesan telah berkahwin pada tahun 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain