suria

Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

Paris berkongsi wajah cahaya mata pertama kepada umum.

HAMPIR sebulan selepas penyanyi dan pelakon Paris Hilton menyambut kelahiran anak pertama melalui ibu tumpang, selebriti Hollywood itu akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya.

Paris bersama suami, Carter Reum merakamkan foto bersama cahaya mata mereka untuk sesi fotografi bersama majalah digital Glamour UK.

Memetik laporan E News, selebriti itu berkata dia sangat mengagumi Phoenix dan memberitahu bahawa bayi lelakinya itu seorang anak yang baik.

"Saya sangat taksub dengan malaikat kecil saya.

paris2 - 1

Phoenix dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.

"Apabila dia melihat ke dalam mata saya, saya cair. Phoenix seorang anak yang baik," katanya.

Menerusi foto yang dikongsi di Instagram miliknya, Phoenix dilihat sedang tidur pada bahu Paris dan pasangan suami isteri itu memberikan ciuman mesra buat bayi mereka.

Dengan kapsyen, 'Baby Phoenix, segalanya bagi hidup kami', hantaran yang dibuat itu menerima hampir dua juta tanda suka dan 18,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum bertunang, Paris Hilton dah luah hasrat tak sabar bergelar ibu - "Kami sentiasa bincang sejak mula bercinta"

Rata-rata peminat memuji kecomelan bayi itu dan mengucapkan tahniah kepada Paris dan Carter atas kelahiran cahaya mata mereka.

"Tahniah, kamu berdua akan menjadi ibu dan bapa terbaik kepada Phoenix.

"Comelnya, selamat datang ke dunia Phoenix.

"Sangat menawan, comelnya bayi kamu," tulis netizen.

paris1 - 1

Paris mengakui taksub dengan cahaya mata sendiri.

Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat.

Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu.

Berita itu bagaimanapun mengejutkan peminat kerana Paris pernah meluahkan hasrat untuk menjalani rawatan pensenyawaan in vitro (IVF) beberapa bulan sebelum itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain