suria

Mayat model Hong Kong Abby Choi ditemukan tanpa kepala, keluarga bekas suami dipercayai dalang pembunuhan

Kepala model Abby Choi masih lagi belum ditemui.

MODEL terkenal Hong Kong Abby Choi ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dia dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Mayat model berusia 28 tahun itu dijumpai tanpa kepala di sebuah rumah dipercayai tempat mangsa dibunuh.

Pihak berkuasa dalam kenyataan kepada media memberitahu sebahagian daripada tubuh mangsa dipotong dan dimasak manakala selebihnya disimpan dalam peti sejuk rumah tersebut.

Abang bekas suami suspek pembunuhan.

Supritenden Polis Alan Chung Nga Lun berkata, ketika serbuan kediaman tersebut pihaknya turut menemui gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan untuk mengisar mangsa.

Polis turut menemui beberapa barang peribadi milik mangsa termasuk sebuah beg tangan mewah jenama Hermes berwarna merah jambu, kad pengenalan dan kad kredit.

"Kami masih lagi mencari kepala mangsa. Kami juga menemui dua periuk rebusan yang mengandungi tisu manusia di dalamnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose tak mahu ada anak, bimbang gagal jadi ibu yang baik

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

Alan berkata rumah tersebut telah disewa baru-baru ini malah tidak dilengkapi perabot kerana disyaki menjadi tempat untuk menghapuskan mayat mangsa.

Tambah Alan, pihak polis telah menahan bapa, ibu dan abang kepada bekas suami mangsa yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan kejam itu.

Polis juga sedang memburu bekas suami mangsa yang turut dipercayai bersuhabat dalam pembunuhan terbabit.

"Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya terlibat dalam pertikaian kewangan yang melibatkan jumlah besar.

329827021_130414936604200_7431590119181775632_n

Kali terakhir mangsa dilihat sebelum ditemui maut.

"Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya menjadikan itu motif pembunuhan," katanya lagi.

Mangsa juga didakwa dilihat kali terakhir bersama abang bekas suaminya yang juga berkerja sebagai pemandu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat pada pukul 2.15 petang Rabu dengan pakaian serba putih.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput dua orang anak perempuannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan