suria

Mengejutkan! Paris Hilton mengaku pernah gugurkan kandungan, terlalu muda untuk jadi ibu

Paris Hilton ambil keputusan gugurkan anak kerana usia mudanya.

SELEBRITI terkenal Hollywood Paris Hilton mendedahkan dirinya pernah menggugurkan kandungan pada usia muda.

Portal People melaporkan, Paris, 42, berkata ketika itu dia berusia 20-an dan merasakan dirinya terlalu muda untuk melahirkan dan mengasuh anak.

"Ini adalah sesuatu yang saya tidak mahu kongsikan kerana malu dengan orang ramai. Ketika itu saya masih muda dan tidak bersedia untuk memiliki anak,” katanya.

288604311_482510033677671_1191597914346553808_n

Paris anggap keputusan untuk gugurkan kandungan adalah hak wanita.

Katanya, dia terpaksa berkongsi perkara itu selepas mahkamah memansuhkan hak untuk melakukan pengguguran.

"Bagi saya itu adalah hak seorang wanita, dan tubuh badan itu milik mereka. Kenapa perlu mencipta undang-undang berdasarkan perkara itu.

"Jika lelaki itu bertanggungjawab ia pasti tidak akan menjadi seperti ini," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang

Dalam pada itu, Paris memberitahu bahawa dia mahu menjadi seorang ibu apabila bertemu dengan suaminya iaitu Carter Reum.

"Saya sangat gembira apabila bertemu dengan Carter membuatkan impian saya ingin menjadi ibu satu kenyataan," ujarnya.

Sekadar ingatan, menggugurkan bayi dalam kandungan adalah dilarang dalam Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain