suria

Tak serik buat pembedahan plastik... Bebizie kumpul duit untuk cantikkan punggung pula!

Bebizie Fatlanay tak malu mengaku pernah jalani pembedahan plastik.

PENYANYI dangdut Bebizie Fatlanay mendedahkan tidak pernah serik melakukan pembedahan plastik di bahagian tubuhnya demi kepuasan diri sendiri.

Portal Detik.hot melaporkan, Bebizie atau Sari Sri Mulyati pernah menjalani pembedahan di beberapa bahagian badan seperti payudara, paha, tangan dan perut.

Malah dia juga telah membelanjakan sebanyak RM131,184 (Rp450 juta) untuk pembedahan itu.

306799681_5573960792664385_1193449933435046699_n

Bebizie Fatlanay tunggu masa sesuai jalani pembedahan punggung.

"Saya jalani pembedahan itu untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Saya mula menjalani pembedahan setelah menjadi janda sejak 10 tahun ini. Saya buat bukan sebab tak percaya diri," katanya.

Tambah Bebizie, dia juga melakukan proses tanam rambut di Turki untuk terlihat lebih muda.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 41 tahun itu mengakui masih belum puas menjalani pembedahan di bahagian tubuhnya untuk terlihat lebih cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose tak mahu ada anak, bimbang gagal jadi ibu yang baik

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘naik hantu’ produksi drama guna foto Rose Blackpink dalam katalog pelacur

Sebaliknya mahu melakukan pembedahan di bahagian punggung yang mana kini sedang menyimpan wang untuk melakukan proses itu.

"Ada satu lagi yang belum saya buat iaitu punggung. Saya sekarang sedang menyusun jadual saya memandangkan banyak kerja yang perlu saya selesikan selain mengumpul duit.

"Untuk pembedahan di punggung ini perlukan satu bulan untuk berehat malah saya juga bakal menghabiskan RM58,302 (Rp200 juta) untuk pembedahan berkenaan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain