DRAMA Korea Selatan The Glory bahagian kedua masih lagi hangat diperkatakan walaupun sudah seminggu bersiaran di platform penstriman Netflix. Bukan sahaja berpuas hati dengan lakonan mantap para pelakon namun ramai resah dan tak dapat duduk diam dengan setiap babak yang tidak boleh diluar jangkaan penonton. Apa lebih menarik perhatian apabila aktres Cha Joo Young yang memegang watak sebagai Choi Hye Jeong membuka baju dan tampil separuh bogel dalam salah satu babak The Glory. Bagaimanapun menerusi media sosial, ramai pula mempertikaikan sama ada payudara itu memang milik Joo Young atau aktres itu memakai pad pada bahagian dadanya. Babak Cha Joo Young buka baju serlah bentuk payudara. Allkpop melaporkan Joo Young menjelaskan dia sebenarnya tidak mendedahkan bahagian itu tetapi mengugnakan teknik pengimejan berkomputer (CGI). "Bahagian badan yang ramai orang ingin tahu itu adalah CGI dan produksi menyediakan pasukan khas untuk menghasilkan babak tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan dedah diskriminasi bayaran pelakon gred A di Korea Selatan, Song Hye Kyo dapat RM600,000 satu episod ‘The Glory’ ARTIKEL BRERKAITAN: Pipi Song Hye Kyo berbekas akibat ditampar Lim Ji Yeon, terpaksa ‘touch up’ solekan "Watak itu digambarkan sebagai menjalani pembedahan pembesaran payudara. Mungkin orang akan kecewa jika tahu perkara sebenar," katanya. "Ada penonton komen, alang-alang saya mendedahkan buah dada kenapa tidak bogel sepenuhnya. Mereka tak tahu itu hanyalah palsu," jelasnya. The Glory turut dibintangi pelakon hebat seperti Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Ji-yeon, Kim Hieora, Park Sung-hoon dan Kim Gun-woo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!