PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan halangan terbesar untuknya mencipta nama di Hollywood apabila terdapat persepsi menganggap lakonannya hanya akan ditonton oleh penonton dari Asia meskipun berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat. Kata Priyanka ramai percaya dia tidak akan berjaya mencipta nama di Amerika namun melihat perubahan besar berlaku dalam tempoh sedekad lalu apabila platform penstriman mula mengambil alih dunia hiburan. "Saya rasa dunia penstriman telah merubah segalanya kerana halangan terbesar yang saya fikir akan menghadkan kerjaya seni saya tidak lagi berlaku. Priyanka bersyukur semakin diterima di Hollywood. "Ia telah menjadi satu perubahan yang besar dan saya sangat berbangga mempunyai rakan-rakan artis yang berjaya berjuang untuk mendapat tempat di Hollywood," katanya. Dalam pada itu, pelakon filem Bajirao Mastani itu yakin dengan masa depan kerjayanya di Hollywood dan percaya lebih banyak peluang yang akan diterima seiring dengan perubahan yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tumpang lahir bayi pramatang, Priyanka Chopra akhirnya dapat bawa balik anak selepas 100 hari di NICU "Apabila bercakap tentang seni, kami sentiasa berusaha keras dan memastikan lebih banyak peluang tawaran berlakon diterima," ujarnya. Untuk rekod, Priyanka mula membabitkan diri dalam industri hiburan Hollywood selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Nick Jonas pada 1 Disember 2018. Antara filem-filem Hollywoodd yang pernah dibintanginya termasuk Baywatch, The Matrix Resurrections, Love Again dan We Can Be Heroes. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!