MODEL terkenal antarabangsa, Bella Hadid mengambil peluang untuk mengucapkan salam Ramadan kepada pengikutnya yang menyambut kehadiran bulan mulia itu.Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Bella turut mendoakan agar diberikan kesejahteraan sepanjang menjalani ibadah puasa. "Selamat menyambut Ramadan kepada semua. Saya doakan agar kita dapat lalui Ramadan ini dengan tenang," tulisnya.Bella teruja menyambut kedatangan Ramadan.Menjengah di ruangan komen, bapa Bella iaitu Mohamed Hadid turut mendoakan agar mereka sekeluarga dapat menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh keberkatan."Saya sayang awak Bella. Semoga Ramadan ini menjadi bulan yang paling indah dan tenang untuk awak dan keluarga kita insyaAllah," katanya.Hantaran yang dimuat naik oleh supermodel itu menerima lebih 700,000 tanda suka dan 7,000 komen yang rata-ratanya turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid halang percintaan Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprioARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid kongsi foto sedang menangis... dedah hidap anxiety sejak beberapa tahun lalu"Terima kasih kerana mewakili kami untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Kami sayang awak."Selamat menyambut Ramadan juga kepada kamu dan keluarga."Saya awak Bella. Semoga Ramadan ini adalah yang terbaik buat kamu," tulis netizen.Untuk info, Bella berketurunan Palestin-Amerika, dimana ibunya, Yolanda Hadid merupakan seorang bekas peragawati dan ayahnya, pula seorang yang berketurunan Palestin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!