suria

Belum ada ikatan suami isteri tapi teman lelaki bagi Dewi Perssik wang bulanan

Dewi Perssik seronok dilayan seperti isteri oleh Rully.

PENYANYI dangdut Dewi Perssik mendedahkan dia menerima wang bulanan daripada teman lelakinya dikenali sebagai Rully yang juga seorang juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan di Indonesia.

Lebih mengejutkan Dewi mendakwa Rully turut menyerahkan semua pendapatan bulanan kepadanya bagi membuktikan dia serius ingin memperisterikan penyanyi tersebut.

"Teman lelaki saya memberitahu berapa pendapatannya setiap bulan dan memberi saya wang bulanan.

"Apa lebih mengejutkan, selepas dia melamar saya sebagai isterinya, dia turut menyerahkan semua gajinya kepada saya sebagai bukti dia serius ingin berkahwin dengan saya," katanya seperti dilaporkan Insertlive.

andmesh4

Dewi telah dilamar oleh Rully.

Enggan terlalu gembira dengan apa diberikan teman lelakinya, Dewi turut mengingatkan Rully agar sentiasa mengutamakan keperluan peribadi sendiri.

Malah kata Dewi, dia berasa kurang senang dengan pemberian kekasihnya itu memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tayang cincin, terima lamaran juruterbang selepas 6 bulan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat tempoh edah, Dewi Perssik kini rapat dengan Rian Ibram... tak tolak jika kembali bertemu jodoh

"Saya ada minta dia utamakan dirinya terlebih dahulu tapi Rully beritahu jika saya perlukan apa-apa hanya perlu beritahu kepadanya," katanya.

Meskipun menolak tindakan baik Rully, Dewi tetap gembira dengan kesungguhan ditunjukkan lelaki itu kerana tidak pernah merasai dihargai sebelum ini.

"Selama ini saya yang bergelar 'suami' tapi kali ini saya benar-benar merasai perasaan dan kebahagiaan seorang isteri," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain