PELAKON Bonnie Wright mendedahkan dalam satu temu bual bahawa gaun perkahwinan yang disarungkan olehnya berusia 100 tahun milik butik pengantin Happy Isles di Los Angeles. Menurut Bonnie yang juga merupakan pelakon filem Harry Potter, dia sudah menyimpan hasrat untuk memilih gaun vintaj untuk perkahwinannya. "Saya sudah berniat untuk memakai gaun vintaj. Terdapat begitu banyak pakaian cantik yang ada di dunia ini penuh dengan watak dan cerita," katanya. Bonnie menganggap setiap busana mempunyai cerita tersendiri. Memetik laporan Insider, selepas berkunjung dua kali butik pengantin yang berlainan, pelakon berusia 32 tahun itu membuat keputusan untuk gaun potongan V neck dengan gaya ruffle fabrik pada skirt itu. "Hanya dua kali kunjungan ke butik pengantin itu, saya telah menemukan gaun idaman saya. "Sebenarnya tak susah untuk buat pilihan kerana saya sudah tahu apa yang saya mahukan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Radcliffe bakal timang cahaya mata pertama, tak sabar bawa anak ke set penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Susah payah buang watak 'Potter', Danial Radcliffe tak berminat kembali sertai filem Harry Potter Bonnie bagaimanapun perlu membuat beberapa perubahan susulan usia gaun berkenaan yang sudah menjangkau 100 tahun. "Gaun itu tidak mempunyai lapisan pakaian dalam pada asalnya berkemungkinan ia hilang kerana sudah berusia 100 tahun. "Jadi apabila saya mula mencubanya, ia menampakkan sosok tubuh saya," ujarnya. Untuk rekod, Bonnie berkahwin dengan kekasihnya, Andrew Lococo pada Mac 2022 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2018. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!