SAMAN terhadap pelakon Gwyneth Paltrow sebanyak AS$3.3 juta (RM14.5 juta) gagal selepas hakim memutuskan aktres berkenaan bukan punca kemalangan yang mengakibatkan seorang pakar optometri cedera parah kira-kira tujuh tahun lalu. Memetik laporan The Star, plaintif iaitu Terry Sanderson, 76, mendakwa berlaku kemalangan membabitkan dirinya dengan bintang Hollywood itu sehingga menyebabkan empat tulang rusuknya patah dan mengalami gangguan psikologi yang berpanjangan. Selepas perbicaraan sivil selama lapan hari berlangsung, hakim di Park City sebulat suara mendapati pelakon Shakespeare in Love itu tidak menyebabkan kemalangan itu berlaku. Paltrow ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah. Pemenang Oscar itu berada di mahkamah setiap hari perbicaraan, mendengar dengan teliti bukti termasuk dakwaan Sanderson bahawa dia telah memukulnya dengan kuat di belakang badan. "Saya dipukul di belakang saya dengan begitu kuat dan ia betul-betul di tulang belikat saya, satu pukulan yang serius dan serius. "Saya tidak pernah dipukul sekuat itu dan badan saya melayang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard dikesan menyorok di Sepanyol selepas kalah kes saman Johnny Depp ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman Plaintif berkata kemalangan yang berlaku di pusat peranginan Deer Valley itu telah menyebabkan dia mengalami kerosakan otak kekal dan telah mengubah personalitinya sehingga dia tidak lagi dapat menikmati kehidupan dengan baik. Peguambela Paltrow bagaimanapun mengumpulkan sekumpulan pakar yang memberi keterangan bahawa versi kemalangan Sanderson telah melanggar undang-undang fizik. Mereka berkata bukti telah menunjukkan dia telah melanggar belakangnya semasa dia berada di lereng dengan anak-anak iaitu Apple dan Moses. Bukti lain menyatakan beberapa aduan perubatan Sanderson telah wujud sebelum kejadian itu lagi. Dakwa mereka, Sanderson sebelum ini mengalami sakit kepala dan mempunyai penglihatan lemah pada sebelah matanya. Juri telah diasingkan selama kira-kira dua jam sebelum mereka kembali untuk memutuskan keputusan perbicaraan. Paltrow tidak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku. Hakim kemudiannya memutuskan soal yuran guaman dengan Paltrow mendakwa Sanderson harus membayar kosnya. Peguam Paltrow iaitu James Egan, dalam hujahannya berkata Sanderson perlu melupakan kejadian hitam yang berlaku itu dan meneruskan kehidupan lebih baik. Untuk rekod, Sanderson memfailkan saman sebanyak AS$3.3 juta (RM14.5 juta) pada Januari 2019 di Mahkamah Daerah Summit County di Utah, Amerika Syarikat susulan insiden kemalangan yang berlaku pada 26 Februari 2016 di Deer Valley Resort, Park City. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!