suria

Kekasih mengaku silap, peguam dedah mesej diterima selepas Jonathan Majors ditangkap

Kes melibatkan Jonathan masih dalam siasatan.

SUSULAN penahanan pelakon Jonathan Majors atas dakwaan mencederakan kekasihnya, peguam aktor berkenaan mendedahkan mesej daripada wanita itu yang menceritakan keadaan sebenar.

Mangsa dikatakan menghantar mesej kepada Jonathan selepas dia ditahan dan dalam tangkap layar yang dikongsi wanita itu mengakui menjadi punca pergaduhan mereka.

Dia (kekasih Jonathan) yang kemudian membuat laporan polis selepas kejadian pada Ahad lalu bagaimanapun tidak berniat untuk mendakwa pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi curang, pelakon Jonathan Majors ditahan kerana belasah kekasih

"Mereka (pihak polis) memberitahu saya awak tidak akan didakwa. Mereka hanya tahan mengikut protokol selepas melihat kecederaan yang saya alami dan mereka tahu kita bergaduh.

"Saya minta maaf atas apa yang menimpa awak. Saya telah mengakui silap dengan merampas telefon awak ketika itu.

"Saya telah tegaskan berkali-kali bahawa awak tidak menyerang saya dan mereka tidak mendapat persetujuan untuk mengenakan sebarang dakwaan," jelas paparan perbualan tersebut.

Pada Ahad lalu, Jonathan ditahan pihak berkuasa selepas satu laporan polis dibuat ke atas dirinya berhubung dakwaan mencederakan kekasih.

Pergaduhan dikatakan berlaku kerana kekasihnya itu mengesyaki Jonathan ada hubungan dengan wanita lain dan mereka bertengkar selepas makan malam bersama.

Memetik laporan CNN, kes tersebut kini masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain