suria

Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun temui cinta di lokasi The Glory

Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun sedang kenal hati budi.

BINTANG drama The Glory iaitu Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun dikhabarkan sedang hangat bercinta selepas beberapa foto mesra mereka tersebar di media sosial.

Portal Soompi melaporkan, pasangan berkenaan mula menjalinkan hubungan sejak empat bulan lalu malah perkara itu turut diketahui oleh pelakon dan kru drama The Glory yang lain.

Lebih menarik perhatian apabila pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama meskipun masing-masing sibuk dengan penggambaran drama terbaharu mereka.

0ccdcb8a-d3cf-4c44-af63-8f715f1da733-fd31cc299b00f13d65608a2f69e27f3f_600x400

Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun dilaporkan bercinta.

Katanya, pasangan berkenaan mula rapat selepas menyertai bengkel The Glory yang diadakan pada musim panas tahun 2022 lalu.

Sementara itu, pihak agensi pasangan berkenaan mendedahkan bahawa Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun kini sedang dalam fasa mengenali hati budi.

"Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun telah menukar hubungan mereka dari rakan sekerja ke peringkat mengenal hati masing-masing dengan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Do Hyun tak sedar nama tengah popular sejak bintangi The Glory

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Joo Young tak dedah payudara dalam ‘The Glory’, babak separuh bogel teknik CGI

"Semua itu bermula selepas mereka menghabiskan masa sebagai rakan sekerja yang rapat dan menyedari mempunyai minat antara satu sama lain," katanya.

Selain pasangan berkenaan The Glory turut dibintangi pelakon hebat seperti Song Hye Kyo, Cha Joo Young, Kim Hieora, Park Sung-hoon dan Kim Gun-woo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain