PELAKON Luna Maya dikatakan sedang hangat bercinta dengan aktor Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda darinya. Khabar tersebut mula tersebar apabila Luna menghadiri majlis ulang tahun Maxime yang ke-30 pada 22 April lalu. Hubungan mereka mula dihidu peminat apabila terdapat suara seorang wanita yang meminta Maxime menipu lilin di atas kek dengan mesra dipercayai milik aktres berkenaan walaupun bayangnya tidak kelihatan. "Cepat tipu lilin, dah 30 tahun kena tiup denngan cepat. Satu, dua, tiga jom tiup," kata wanita berkenaan. Tidak lama selepas itu Luna berkongsi gambarnya bersama Maxiem membuatkan ramai tidak menyangka Luna dan Maxime sememangnya sedang bercinta. Walau bagaimanapun segelintir netizen tidak merestui hubungan pasangan tersebut kerana perbezaan usia mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Usia cecah 40 tahun, Luna Maya luah hasrat miliki anak sebelum menopaus ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar mesra semasa bercuti di Jepun! Luna Maya jawab gosip cinta dengan Gading... “Kami ada projek kerja bersama” Malah ada juga yang meminta Maxime kembali ke pangkuan bekas kekasihnya iaitu Prilly Latuconsina. "Memang sama-sama bujang tak dia orang tak sesuai, macam mak dengan anak. "Harap Maxime balik semua dengan bekas kekasih dia. "Dia orang memang ada apa-apa kan sebab selalu bersama," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!