PENYANYI Meghan Trainor mendedahkan dia fobia untuk melakukan hubungan intim bersama suami iaitu Daryl Sabara disebabkan kemaluannya terlalu besar. Meghan, 30, berkata, dia juga mengalami masalah vaginismus yang menyebabkan perasaan takut melampau melakukan hubungan seks dengan pasangan. Disebabkan itu, Meghan berharap dia dapat menukar saiz kemaluan suaminya itu menjadi lebih kecil supaya dia berasa selesa setiap kali bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Drake Bell hilangkan diri selepas gaduh besar dengan isteri, ugut mahu bunuh diri "Saya harap dapat menukar saiz zakar suami jadi lebih kecil. Ia amat menyakitkan. "Saya diberitahu bahawa saya mengalami vaginismus. Saya sudah cuba pelbagai posisi agar lebih selesa tapi jadi lagi teruk," katanya. Penyanyi lagu All About The Bass ini juga mendedahkan dia melalui fasa sukar untuk melakukan hubungan intim bersama suami selepas melahirkan anak pertama mereka pada Februari 2021. Meghan dan Daryl bersama anak pertama mereka. "Saya mengambil tempoh lama untuk kembali mengadakan hubungan seks. Saya kata kepadanya, jangan lihat dan sentuh saya," ujarnya. Untuk rekod Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun. Meghan juga kini sedang hamil anak keduanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!