suria

Doktor kesan ketumbuhan baharu di payudara Marshanda... Dulu terpaksa pinjam duit untuk rawatan kanser

Marshanda kuat berdepan ujian penyakit kanser.

PELAKON Marshanda berkongsi berita duka apabila kembali menghidap kanser selepas doktor mengesan terdapat ketumbuhan baharu pada bahagian payudara kirinya.

Kata Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, dia bakal melalui ujian pengimejan resonans magnet (MRI) bagi mengesahkan tahap kanser tersebut dan berharap ia masih di tahap yang boleh dirawat.

"Saya baru diberitahu bahawa ada tumor baharu di sebelah kiri (payudara). Saya bakal jalani MRI minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangka umur tak panjang, Marshanda dah siap wasiat untuk anak

"Saya hanya berharap yang terbaik, jangan sampai ada sesuatu yang tidak diingini oleh saya, keluarga dan orang-orang terdekat," katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

Marshanda sebelum ini mendedahkan dia menghidap kanser payudara yang mula dikesan sekitar Disember 2021 dan selamat menjalani pembedahan pada Jun 2022.

Sementara itu, berkongsi perjalanan hidup ketika dia berdepan masalahan kesihatan itu, Marshanda berkata dia juga melalui fasa kesulitan dari sudut ekonomi sehingga terpaksa meminjam duit daripada orang sekeliling.

marshanda 2

Mashanda kongsi kisah susah untuk pengajaran bersama.

"Semenjak sakit, keadaan ekonomi saya juga merosot. Saya harus meminjam duit dari orang sekeliling. Saya ingin orang tahu bahawa dalam kesulitan, kita tidak berkeseorangan.

"Saya tidak sangka akan jadi seperti itu. Namun sekarang saya sudah pulangkan kembali wang yang dipinjam," jelasnya.

Marshanda juga dikatakan tidak banyak menerima tawaran kerja sebelum ini dan perlukan membiayai kos tinggi bagi tujuan perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain