suria

Tak sangka jodoh! Nick Jonas tonton Priyanka Chopra menang Miss World semasa usia 7 tahun

Cinta Priyanka dan Nick tidak mengenal usia.

PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan suaminya iaitu Nick Jonas menonton dia memenangi gelaran Miss World ketika berusia tujuh tahun.

Memetik laporan Mirror UK, sewaktu ditemu bual menerusi program The Jennifer Hudson Show, Priyanka berkongsi kisah sejarah hubungannya bersama anggota kumpulan Jonas Brother itu.

priyankaa - 1

Pasangan selebriti yang sering mencuri perhatian peminat.

Aktres berusia 40 tahun itu memberitahu suaminya menyaksikan dia memenangi pertandingan ratu cantik itu pada tahun 2000 iaitu hampir dua dekad sebelum mereka mula-mula bertemu.

Kata Priyanka, pada waktu itu dia berusia 18 tahun dan Nick berusia tujuh tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Platform penstriman ubah kerjaya pelakon dari Asia, Priyanka Chopra yakin belum terlambat cipta nama di Hollywood

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali

"Ketika saya berusia 18 tahun, saya memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia dan saya tidak tahu apa yang saya lakukan," katanya.

Bagaimanapun selepas 20 tahun kemudian, ibu mentuanya iaitu Denise Miller Jonas memberitahu Priyanka bahawa seluruh keluarga mereka telah melihatnya menerima gelaran Miss World.

"Ibu mentua saya memberitahu... saya masih ingat menonton anda apabila anda menang dan dia memang ingat," ujarnya.

Untuk rekod, Nick dan Priyanka mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira menyambut bayi sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain