GELAGAT pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menjadi bualan ramai apabila dikatakan bertengkar semasa berjalan di karpet merah tayangan filem The Mother, baru-baru ini. Memetik laporan Daily Mail, pasangan berkenaan dilihat 'bergaduh mulut' sebelum kedua-duanya memeluk antara satu sama lain ketika berada di depan kamera. Katanya, pasangan berkenaan bertengkar mengenai pakaian yang dikenakan Jennifer. Jennifer dan Affleck dilihat bermasam muka ketika di karpet merah. Malah semasa bertengkar, Affleck juga meminta agar Jennifer tidak terlalu bimbang dengan penampilan isterinya itu. "Jangan risau sayang, baju itu okay sahaja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez kongsi foto cium Ben Affleck sempena 'birthday' ke-52 ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 22 tahun berahsia tentang nama... akhirnya Jennifer Lopez dedah individu beri panggilan J.Lo Pada Anugerah Grammy 2023 lalu, pasangan ini pernah menjadi tumpuan ramai apabila dilaporkan turut bertengkar di hadapan orang ramai. Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa mereka bukannya bertengkar namun bergurau secara kasar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!