suria

Berpegangan tangan ketika keluar bersama, peminat tak restu hubungan Taylor Swift dan Matty Healy

Peminat harap Taylor cari pasangan yang lebih baik.

PENYANYI Taylor Swift masih lagi mengunci mulut berhubung khabar angin dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Taylor dan Matty dikatakan keluar makan malam bersama di sebuah restoran di Casa Cipriani, New York City, baru-baru ini.

Menerusi foto yang tersebar di laman Twitter, pasangan berkenaan dilihat berpegangan tangan semasa berada di restoran berkenaan.

325235

Taylor dan Matty berpegangan tangan.

Malah mereka juga dilihat bahagia melalui hubungan itu meskipun peminat seakan tidak merestui mereka bersama.

"Mereka dah sah bercinta walaupun peminat tak setuju.

"Dia boleh cari yang lebih baik, tapi kalau dia dah suka sangat tak boleh nak buat apa," antara komen netizen.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi Love Story itu sudah bertemu pengganti selepas sebulan berpisah dengan Joe Alwyn.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift kembali ke pangkuan vokalis The 1975 selepas 10 tahun berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan Joe Alwyn beli rumah RM66 juta sebelum berpisah

Malah menurut sumber terdekat Taylor, penyanyi berkenaan dan Matty pernah bersama sekitar 10 tahun lalu namun percintaan mereka ketika itu hanya berlangsung dalam tempoh singkat.

Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan masih lagi belum mengesahkan hubungan mereka kepada umum.

Untuk rekod, Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 namun mereka berpisah pada April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain