suria

Jalin hubungan dengan jejaka muda, Luna Maya jawab perancangan kahwin Maxime Bouttier

Luna kini sedang rapat dengan Maxime.

KISAH percintaan pelakon Luna Maya dan Maxime Bouttier kini semakin hangat diperkatakan dalam kalangan peminat.

Berbeza dengan gosip cinta sebelum ini, Luna, 40, dilihat tidak menafikan dia kini sedang rapat dengan lelaki berusia 30 tahun itu.

Malah ketika ditanya media tempatan mengenai hubungan mereka, aktres ini hanya meminta agar orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap macam emak dan anak, peminat tak restu hubungan Luna Maya dan Maxime Bouttier

Dalam masa sama, Luna juga masih belum menetapkan sebarang perancangan untuk bernikah dengan Maxime dalam masa terdekat.

"Doakan sahaja. Terima kasih... saya tidak tahu bila akan bernikah," katanya seperti yang dipetik oleh Kapanlagi.

Khabar angin percintaan terbaharu Luna mula dihidu peminat selepas dia bersama meraikan ulang tahun kelahiran Maxime pada April lalu.

Meskipun ramai yang suka melihat mereka bersama namun ada juga yang berpendapat Maxime bukan lelaki yang sesuai untuk Luna disebabkan jarak usia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain