suria

Kes curang Rendy Kjaerneet berakhir dengan cerai, Lady Nayoan tuntut hak penjagaan anak

Nayoan memfailkan permohonan cerai terhadap Rendy.

KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Randy Kjaernett dan Lady Nayoan berakhir dengan penceraian.

Perkara tersebut disahkan oleh wakil Mahkamah Bekasi yang memaklumkan menerima permohonan cerai dibuat Nayoan terhadap suaminya.

"Ada permohonan cerai antara Lady Veronica Nayoan terhadap Rendy Himawan Sumantri. Permohonan dibuat pada 10 Julai.

"Sidang perbicaraan akan berlangsung pada 18 Julai," jelas wakil berkenaan seperti yang dipetik dari Kompas.

rendy 33

Rendy mengaku jatuh hati dengan Syahnaz (kiri).

Kenyataan itu juga menyebut Nayoan menuntut hak penjagaan tiga orang anak mereka.

Kisah mereka sebelum ini mula menjadi perhatian apabila Nayoan secara terbuka mendedahkan sikap curang Rendy yang menjalinkan hubungan bersama adik kepada pengacara Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.

Pertemuan antara Rendy dan Syahnaz bermula sebagai seorang sahabat sebelum mereka sama-sama menaruh hati antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rendy Kjaernett mengaku curang dengan adik Raffi Ahmad, cacah tatu buat ’ubat’ lepas rind

Lebih hangat lagi Syahnaz juga berstatus isteri orang.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Rendy mengakui perbuatannya itu dan menyesal kerana menduakan isterinya.

Nayoan juga mendedahkan tatu yang dicacah Rendy pada bahagian punggung adalah wajah Syahnaz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain