suria

Bukti stamina seperti ‘army’ sebenar, Jin BTS naik pangkat Pahlawan Kelas Khas

Jin BTS naik pangkat sebagai Pahlawan Kelas Khas.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jin memaklumkan dia sudah dinaikkan pangkat sebagai koperal meskipun baru beberapa bulan menjalani latihan ketenteraan.

Allkpop melaporkan Jin kini merupakan sebahagian daripada Pahlawan Kelas Khas iaitu pangkat yang menjadi impian para pelatih tentera di Korea Selatan.

Ia merupakan penghormatan diberikan kepada pelatih tentera yang menunjukkan ketahanan fizikal dan kekuatan mental luar biasa sepanjang latihan di dalam kem.

jin1 - 1

Jin mempunyai kecergasan fizikal dan daya tahan mental yang kuat.

Pangkat itu diberikan berdasarkan kecekapan tempur pelatih termasuk kemahiran menembak, kecergasan fizikal dan daya tahan mental.

Antara kelebihan diperoleh Jin adalah bakal menerima ganjaran cuti (biasanya empat ke lima hari) dan dinaikkan pangkat lebih awal berbanding

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat tentera bakal berdepan tindakan, tinggalkan unit tanpa kebenaran kerana mahu beri suntikan vaksin kepada Jin BTS

ARTIKEL BERKAITAN: Datang klinik siap bawa foto rujukan, pakar bedah plastik akui ramai pelanggan lelaki idam wajah seperti Jin BTS dan Cha Eun Woo

Peminat tidak terkejut Jin menerima pangkat tersebut kerana penyanyi itu memang terkenal sebagai seorang lelaki yang aktif.

Untuk rekod, Jin sedang menjalani latihan kententeraan dan ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera.

Latihan berkenaan diwajibkan ke atas kaum lelaki warganegara Korea Selatan selama dua tahun dan Jin dijangka menamatkan tugas pada 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain