suria

Taylor Swift peluk pelakon Twilight selepas 15 tahun berpisah, rakam semula lagu kisah cinta mereka

Taylor Swift peluk bekas kekasih di atas pentas.

PENYANYI Taylor Swift memeluk bekas kekasihnya iaitu pelakon Taylor Lautner ketika melancarkan muzik video single terbaharunya, I Can See You yang dibintangi aktor Hollywood itu.

Swift kembali bertemu dengan Lautner ketika menjemputnya bersama dua pelakon lain iaitu Joey King dan Presly Cash naik ke pentas di konsert Era Tour di Stadium Arrowhead, Missouri, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Ketika berada di atas pentas, pelakon lelaki itu tidak langsung kelihatan kekok malah dia hadir ke konsert itu ditemani isterinya, Taylor Dome.

"Saya hanya ingin memberitahu satu perkara kepada kamu. Saya sangat menghormati kamu, bukan kerana kamu seorang penyanyi, pencipta lagu atau penghibur... tetapi kerana kamu seorang manusia.

taylor2 - 1

Swift tidak kekok bersahabat dengan bekas kekasih.

"Kamu seorang yang pemurah, rendah hati dan baik dengan saya. Saya berbesar hati mengenali kamu... Terima kasih kerana membenarkan saya menjadi sebahagian daripada hidup kamu," katanya.

Dalam pada itu, Mirror melaporkan, Swift baharu sahaja selesai merakamkan semula album studio ketiganya berjudul Speak Now yang memuatkan lagu Back To December iaitu mengenai hubungannya dengan pelakon Twilight itu pada 2009.

Lagu tersebut adalah berkisarkan perpisahan pasangan selebriti itu dan penyesalan Swift kerana memutuskan hubungan cinta mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift nyanyi lagu 'Dear John' selepas 11 tahun, minta peminat jangan serang John Mayer

ARTIKEL BERKAITAN: Pengotornya! Taylor Swift berdepan denda kawasan rumah dipenuhi sampah

Antara bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut ialah ‘Awak memberikan saya segala rasa cinta namun saya berikan kepada awak hanya ucapan selamat tinggal’.

Swift bagaimanapun mengakui Lautner memberi energi positif sewaktu dia menghasilkan album Speak Now ini.

Malah penyanyi lagu Blank Space itu turut memberitahu dia dan isteri Lautner kini sudah menjadi sahabat.

taylor1 - 1

Swift dan Lautner masih bersahabat baik.

"Lautner memberi energi positif sewaktu saya menghasilkan album ini dan apa yang saya boleh katakan, dia adalah sangat sweet seperti apa yang anda lihat dalam muzik video tersebut.

"Kini Lautner dan isterinya sudah menjadi sahabat saya... Hal ini sangat menyenangkan saya kerana kami masih mampu menjalinkan hubungan baik," ujarnya.

Untuk rekod, Swift pernah menjalin hubungan cinta dengan Lautner pada 2009, namun selepas empat bulan mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain