suria

Rupanya sudah setahun bernikah, Cita Citata kongsi erti bahagia jadi isteri cucu bekas presiden Indonesia

Cita dan Didi akhirnya berkongsi berita gembira tentang pernikahan mereka.

PENYANYI dangdut Cita Citata akhirnya mendedahkan sudah setahun bernikah dengan lelaki pilihannya iaitu Didi Mahardhika.

Perkara tersebut dikongsi pasangan berkenaan di lnstagram masing-masing sempena meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 9 Julai.

Dalam hantaran tersebut Cita, 29, meluahkan rasa syukur menjadi isteri kepada cucu kepada bekas presiden Indonesia pertama, Soekarno.

cita citata 2

Cita bahagia menjadi isteri Didi.

"Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana bertemu dengan lelaki yang penyabar, sederhana, berjiwa besar walau dihentam badai, setia dan berpandangan luas.

"Selama setahun bersama menjalinkan ibadah yang luar biasa ini, tidak bernah ada luka di hati kerana dia tidak pernah marah," ungkapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cita Citata batal kahwin saat akhir, pejabat agama tak ubah tarikh di buku nikah

Dalam masa sama, Cita juga sempat menitip doa dan nasihat buat rakan-rakan supaya tidak pernah berhenti berharap mencari pasangan hidup.

"Buat rakan-rakan yang belum bertemu jodoh sesuai mengikut kemahuan sendiri, sebaiknya perbaiki diri kita dahulu dan berdamai dengan diri sendiri," ujarnya.

Sekitar September tahun lalu kecoh kisah Cita dan Didi yang dikatakan membatalkan perkahwinan mereka kerana gagal hadir ke pejabat agama bagi urusan pendaftaran.

Bagaimanapun ternyata pasangan itu sudah bernikah lebih awal namun tidak menghebohkan kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain