suria

Pengarah tak bagi pergi tandas, Kate Winslet mengaku kencing dalam kolam set penggambaran filem ‘Titanic’

Kate dedah pernah membuang air dalam tangki air.

JADUAL penggambaran yang padat sewaktu berlakon filem Titanic membuatkan pelakon Kate Winslet terpaksa memikirkan cara lain untuk membuang air kecil.

Mirror melaporkan, Kate berkata semasa berada di set penggambaran filem itu dia terpaksa memikirkan cara kreatif untuk membuang air kecil.

Akhirnya, dia mengambil keputusan membuang air di dalam kolam berkenaan.

kate1 - 1

"Ya, saya akui kadang-kadang saya kencing di dalam tangki air itu. Saya tidak perlu untuk pergi ke tandas yang mungkin mengambil masa selama setengah jam dengan memakai korset.

"Jadi, saya kencing saja di situ... sama juga kalau kencing di kolam renang, adakah kamu benar-benar tahu tentang apa yang ada di dalamnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kate Winslet dedah ambil masa 2 tahun dapatkan semula warna rambut asal selepas penggambaran Titanic

ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo Dicaprio dipanggil pedofil, didakwa bercinta dengan model 19 tahun

Rupanya bukan Kate sahaja, malah pelakon Leonardo Dicaprio turut melakukan perkara sama iaitu mereka berdua akan sama-sama dan duduk secara bertentangan untuk membuang air.

Meskipun melakukan perkara yang tidak senonoh, namun kedua-dua bintang itu berjaya menjadi pelakon terkenal di Hollywood selepas tayangan perdana Titanic menjadi sebuah filem percintaan paling ikonik.

Sejak kejayaan filem itu juga, pengarahnya iaitu James Cameron dituduh sebagai satu mimpi ngeri untuk menjalinkan kerjasama.

Menurut sumber, James tidak membenarkan pelakonnya pergi ke bilik air dan kerana itu pelakon-pelakon filem berkenaan terpaksa mencari cara sendiri untuk membuang air.

Untuk rekod, Titanic ditayangkan pada 1997 dan berjaya mencatat keuntungan kira-kira AS$2.4 bilion, antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman.

Filem itu juga menerima 14 pencalonan di Anugerah Akademi 1998 dan memenangi 11 daripadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain