suria

Coco Lee tinggalkan harta RM130 juta, suami mahu tuntut daripada ibu mentua

Suami dan ibu Coco Lee berebut harta mendiang.

BINTANG Hong Kong, Coco Lee mewasiatkan sebanyak RM130 juta (HK$220 juta) kepada ibunya selepas ditemui meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Memetik laporan Hype, wasiat berkenaan dipercayai turut melibatkan tujuh hartanah iaitu rumah mewah dan juga bangunan komersial di Hong Kong.

Katanya, tujuh daripada hartanah tersebut itu dimiliki Coco bersama ibunya dan ada juga didaftarkan atas nama dua adik perempuannya iaitu Carol dan Nancy.

Coco 1

Ibu coco warisi kekayaan anaknya.

Namun hartanah tersebut dipercayai dibayar sepenuhnya oleh mendiang.

Dalam pada itu, suaminya iaitu Bruce Rockowutz dikatakan turut menuntut harta pusaka milik isterinya itu.

Malah Bruce dikatakan telah mengambil tidakan undang-undang untuk menuntut bahagiannya di dalam aset milik mendiang.

ARTIKEL BERKAITAN: Coco Lee derita kanser payudara, rupanya ada sebab rahsia penyakit

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Coco Lee meninggal dunia, keluarga sahkan akibat bunuh diri

Bagaimanapun, mendiang dikatakan telah menandatangani sebuah wasiat yang menyatakan kesemua harta akan menjadi milik ibunya sekiranya dia meninggal dunia.

Pada Rabu lalu, Coco dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di kediamannya.

Adik kepada penyanyi itu mendedahkan mendiang sudah lama menderita masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu dan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Coco 3

Suami tuntut harta Coco Lee.

Memetik laporan The Star, media Taiwan dan Hong Kong melaporkan Coco menghidap kanser payudara tahun lalu dan menjalani pembedahan untuk membuang tumor tersebut.

Mendiang hanya memberitahu dua kakaknya tentang penyakit berkenaan dan tidak menerima kimoterapi selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain