suria

Britney Spears didakwa putar belit insiden dikasari pengawal peribadi pemain NBA

Britney Spears dikasari pengawal peribadi pemain NBA.

PENYANYI Britney Spears dituduh memutar belit insiden dia dikasari pengawal peribadi pemain NBA Victor Wembanyama ketika mahu mengambil gambar bersamanya baru-baru ini.

Britney menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram mendakwa dia terjatuh di atas lantai sebelum disambut oleh salah seorang rakannya selepas di siku pengawal peribadi Victor.

Penyanyi lagu Toxic itu mendekati pemain bola keranjang itu sebelum menyentuh bahunya sebelum dihalang pengawal peribadi yang tidak perasan wanita tersebut adalah Britney.

Britney tuntut permohonan maaf secara terbuka.

Britney tuntut permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun menerusi rakaman kejadian yang tular di media sosial, Britney dilihat tidak terjatuh seperti didakwa menyebabkan penyanyi itu dituduh cuba memburukkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat... “Melampau! Privasi saya diceroboh”

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears jawab tuduhan gila, mahu jaga privasi dan jalani hidup normal

Sementara itu, menerusi video sama, Britney menuntut pihak pengawal peribadi Victor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya susulan insiden tersebut.

Dedahnya, pengawal peribadi berkenaan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya selepas 30 minit kejadian berlaku.

"Dia datang ke meja saya 30 minit kemudian untuk meminta maaf tetapi sehingga ke hari ini tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain