KETIKA kes perceraian masih lagi berjalan, Virgoun dan isterinya iaitu Inara Rusli dilihat memilih jalan damai berhubung dakwaan penyanyi itu melakukan zina. Perkara tersebut disahkan peguam Inara yang memberitahu mereka menerima panggilan daripada Virgoun meminta isterinya itu menarik semula laporan dibuat sebelum ini. Dalam masa sama, Inara juga dikatakan mahu berdamai dengan wanita bernama Tenri Anisa yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan suaminya sebelum ini. "Bukan hanya Virgoun yang mahu berdamai, malah anak guam kami juga memilih jalan sama. Inara juga mahu berdamai dengan Tenri (kanan). "Inara juga berharap laporan terhadap dirinya atas dakwaan memburukan nama Tenri ditarik semula," jelas wakil peguam seperti yang dipetik dari Detik. Inara sebelum ini membuat laporan polis terhadap Virgoun atas dakwaan terlibat dengan penzinaan bersama Tenri. Sementara itu, Tenri juga membuat aduan terhadap Inara selepas wanita itu secara terbuka mendedahkan namanya di media sosial sebagai orang ketiga menganggu rumah tangganya. ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli benar Virgoun jumpa anak tapi bersyarat, tiada niat berbaik semula Tindakan Inara dan Virgoun memilih untuk tidak melanjutkan kes tersebut disebabkan mereka mahu memberi fokus kepada karier masing-masing. Bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka berdamai dan kembali hidup sebagai suami isteri. "Inara penat berdepan dengan perkara ini. Laporan polis yang dibuat akan membuang masa kerana dia kini sibuk dengan perniagaan. "Dia penat sekiranya perlu berulang-alik untuk memberi keterangan," jelas peguamnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!