suria

Pakar sahkan Lisa Marie Presley meninggal dunia akibat komplikasi kesan pembedahan bariatrik

Lisa meninggal dunia pada Januari 2023.

SELEPAS lebih enam bulan meninggal dunia, satu laporan menyebut kematian penyanyi Lisa Marie Presley adalah berpunca gangguan pada usus akibat pembedahan bariatrik yang pernah dilakukan.

Pegawai perubatan bernama Dr. Juan M. Carrillo menyebut ia berpunca kesan jangka panjang di mana berlaku pembengkakan pada bahagian berkenaan.

"Terdapat parut yang berkembang akibat pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu. Ini merupakan kesan jangka panjang pembedahan berkenaan," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia akibat serangan jantung

Dalam masa sama, laporan berkenaan juga menyebut tiada kesan pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan yang menyumbang kepada kematian anak penyanyi legenda Elvis Presley itu.

"Walaupun ada penggunaan ubat-ubat lain, ia tidak menyebabkan kepada komplikasi," ujarnya.

lisa2 - 1

Lisa merupakan anak tunggal pasangan Elvis dan Priscilla.

Pada Januari lalu, Lisa, 54, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital selepas berada dalam keadaan kritikal dan dilaporkan dalam keadaan koma ketika itu.

Dia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Lisa merupakan anak tunggal kepada Elvis hasil perkahwinan bersama isterinya, Priscilla Presley.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain