suria

Padah belasah orang awam, pelakon veteran berdepan hukuman penjara 5 tahun

Pierre dituduh mencederakan orang awam.

PELAKON veteran berasal dari Indonesia, Pierre Gruno bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan mengasari seorang lelaki.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil polis daerah Jakarta Selatan iaitu Irwandhy Idrus selepas selesai sesi soal siasat membabitkan bintang berusia 65 tahun itu, baru-baru ini.

"Ketika ini kami sudah tetapkan Pierre Gruno sebagai tertuduh. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun," jelasnya seperti yang dipetik dari Suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Coco Lee tinggalkan harta RM130 juta, suami mahu tuntut daripada ibu mentua

Pelakon filem The Raid ini terdahulu disoal siasat selama lebih lima jam di balai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Jun lalu, Pierre dikatakan bertindak kasar terhadap seorang individu di sebuah bar di Jakarta.

pierre gruno 2

Pierre berdepan hukuman penjara.

Tindakan Pierre itu berlaku kerana dia merasakan kurang selesa apabila individu berkenaan memandang ke arahnya.

Menerusi laporan awal yang dibuat pada 1 Julai lalu, pihak berkuasa tidak menolak kejadian itu juga berpunca akibat pengaruh alkohol.

Sementara itu, peguam kepada Pierre menafikan dakwaan sikap panas baran pelakon itu meskipun dia cukup terkenal membawakan watak antagonis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain