suria

Bimbang payudara kendur, Lyla Ho enggan susukan anak baru lahir

Lyla Ho bimbang buah dada kendur jika susu kan anak.

TINDAKAN pempengaruh media sosial Lyla Ho enggan menyusukan anak keduanya yang baru dilahirkan pada 7 Julai lalu menjadi bualan hangat netizen.

Memetik laporan Head Topics, Lyla Ho memberitahu dia mengambil keputusan itu kerana mahu menjaga payudaranya selepas menjalani pembedahan beberapa tahun lalu.

"Ramai bertanya kenapa saya memilih untuk tidak menyusukan anak. Saya tak mahu payudara saya mengendur kerana saya telah jalani pembedahan.

346890437_632138881777181_5989125340636364512_n

Suami sokong keputusan Lyla Ho.

"Menyusukan anak itu memenatkan dan payudara mungkin akan bengkak dan sakit," kongsinya.

Kata Lyla Ho, suaminya juga tidak mempunyai masalah dengan keputusan yang diambil itu malah mengizinkan untuknya memberi susu fomula kepada anak keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears didakwa putar belit insiden dikasari pengawal peribadi pemain NBA

ARTIKEL BERKAITAN: Coco Lee tinggalkan harta RM130 juta, suami mahu tuntut daripada ibu mentua

Sebelum ini, Lyla Ho memaklumkan dirinya selamat menimang cahaya mata kedua dengan memuat naik suami dan anak sulungnya menemaninya selepas bersalin.

Lyla Ho berkata dia terlalu gembira dan mengalirkan air mata saat melahirkan anak kedua itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain