suria

Buka baju atas pentas untuk elak badan masuk angin, Kaka Slank ikut pesan ibu

Kaka sering tampil tidak berbaju di atas pentas.

VOKALIS kumpulan Slank iaitu Kaka memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri sering membuka baju ketika membuat persembahan di atas pentas.

Kata Kaka atau Akhadi Wita Satraji, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan badannya masuk angin sekali gus boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan.

Malah petua itu juga dikatakan pesan ibunya sendiri yang sering menegur tentang pemakaian baju ketika berpeluh.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah belasah orang awam, pelakon veteran berdepan hukuman penjara 5 tahun

"Ibu saya kata badan boleh masuk angin kalau pakai baju basah.

"Jadi selepas menyanyi lagu kedua atau ketika saya akan buka baju kerana ia sudah basah," katanya.

kaka slank 2

Kaka pernah menimbulkan kontroversi buka seluar di atas pentas.

Aksi Kaka membuka baju cukup sinonim dengan dirinya malah ia juga sudah menjadi satu signature persembahan kumpulan Slank yang dinantikan peminat.

Malah nama Slank juga pernah disenarai hitam dari tampil dalam sebuah acara televisyen gara-gara perangai selamba Kaka.

Kaka sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi membuka seluar di atas pentas sebagai tanda protes terhadap tragedi pengeboman pada tahun 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain